Definasi Motivasi: Motivasi boleh didefinisikan sebagai sejenis kuasa/tenaga yang mampu mengubah tingkah laku manusia, sejenis kuasa atau tenaga dalaman yang dapat mendorongkan individu tersebut untuk membuat/mencapai sesuatu.Motivasi lazimnya terbahagi kepada tiga aspek: arah tujuan (directionof behaviour), kekukuhan tingkah laku (persistence of behaviour) dan kesedaran tingkah laku (arousal of behaviour). Motivasi yang biasanya diaplikasi dalam bidang pendidikan adalah bertujuan untuk menbantu pelajar untuk membina keyakinan diri, cara atau petunjuk untuk menyelesaikan masalah dan menjadikan individu tersebut lebih berdaya saing.Manakala motivasi yang digunakan dalam bidang industri adalah untuk nenaikkan semangat pekerja untuk meningkatkan produktiviti dan membina hubungan yang mesra antara pihak majikan dengan para pekerja.
PENGENALAN KEPADA FASILITATOR Perkataan ' facilitate' dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan perkataan Latin yang bermaksud 'memudahkan'. Mengikut Trevor Bentley 1994 menerangkan bahawa 'memudahkan cara adalah mengenai memberi kuasa kepada individu untuk mengawal dan bertanggungjawab terhadap usaha serta pencapaian diri sendiri' . Persediaan Fasilitator Fasilitator perlu bersedia secara mental , berpengetahuan dan terlatih dalam mengendalikan kelompok kecil. Fasilitator bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segalanya berjalan lancer, menetapkan masa dan tempat yang sesuai untuk perbincangan. Seterusnya merancang aktiviti yang akan dijalankan dan aspek pembelajaran yang hendak disampaikan. Aktiviti yang diadakan bertujuan untuk member hiburan kepada ahli sambil menceriakan suasana agar ahli-ahli tidak berasa kekok dan berani untuk bertanya atau menjawab soalan.
Peranan fasilitator dalam menjalankan sesuatu aktiviti sangat penting kerana fasilitator adalah orang yang memberikan bantuan dalam menjalankan proses komunikasi sekelompok sehingga mereka dapat memahami atau menyelesaikan masalah bersama-sama. Fasilitator juga harus menjadi sumber yang baik untuk berbagai permasalahan kelompok.Kelompok merupakan satu ruang atau tempat kepada para ahli untuk meluahkan apa yang terpendam di hati dengan berasa yakin bahawa ahli kelompok lain memahami dan berkongsi pengalaman yang sama. Antara peranan fasilitator ialah: 1. Menggerak dan membimbing proses kelompok. 2. Tidak berperanan sebagai pakar. 3. Menggalakkan perbincangan dan menentukan perbincangan berjalan lancar. 4. Menyediakan maklumat lengkap, jika diperlukan. 5. Tidak mengajar atau memberi jawapan kepada persoalan perbincangan kelompok.
Fasilitator yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Bersikap positif • Fasilitator yang baik mempunyai matlamat hidup yang jelas bagi memastikan hala tuju dalam kehidupan. Fasilitator perlu proaktif iaitu mampu berkomunikasi secara berkesan, mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, bersikap optimis, berfikiran terbuka dan dapat peribadi dengan berkesan dan tersusun. Kebolehan berhumor • Humor berjalan dengan penuh kesedaran serta dilakukan bersesuaian dengan tujuan pelaksanaan. Ketawa adalah pelarian kesulitan dan sebagai persiapan bagi menerobos pusat kekuatan jiwa yang baru. Individu yang riang gembira mempunyai kemampuan berfikir lebih tinggi dan dapat mengambil keputusan dengan tepat dan bijak. Bertanggungjawab • Fasilitator perlu bertanggungjawab dengan rencana yang dibuat dan bagaimana pengaruhnya kepada isi, peserta dan proses itu. Ia juga perlu bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan sensitif terhadap kesediaan dan kemampuan peserta memikul tanggungjawab bagi setiap pertemuan ataupun latihan.
Bagi kaunseling kelompok, seseorang ketua yang terlatih dalam bidang kaunseling adalah diperlukan untuk memberi bantuan kepada ahli-ahli yang sedang menghadapi masalah seharian. Selain itu, kaunselor akan menggalakkan pemahaman diri ahli melalui perkongsian perasaan dan belajar dari pengalaman ahli lain.
Bagi latihan dalam kelompok pula, seseorang fasilitator diperlukan di mana dia mesti mendapat latihan pendek dalam kemahiran mengendali kelompok kecil. Selain itu, fasilitator tidak semestinya seorang kaunselor tetapi ia merupakan penggerak perbincangan ke arah mancapai sesuatu matlamat.
Cara pemudahcaraan kelompok terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian pembukaan, perkembangan dan penutup. Pembukaan Fasilitator perlu mengelak daripada menstruktur dengan panjang lebar tetapi menerangkan tujuan kelompok, peraturan dengan ringkas. Hal ini dapat mengelakkan ahli-ahli kelompok berasa bosan. Perkembangan Peranan fasilitator dalam bahagian ini menjadi pasif kerana mereka banyak mendengar, menggalak, menjelas, bertanya dan menggunakan kemahiran lain penjelasan. Penutup Fasilitator perlu merumuskan perbincangan sesi ini di kalangan ahli sambil mengaitkannya dengan objektif atau matlamat yang hendak dicapai .
Kemahiran mendengar merupakan salah satu kemahiran fasilitator. Mendengar dengan aktif memerlukan fasilitator menggunakan kemahiran melayan secara fizikal dan mental. Biasanya, fasilitator lebih banyak mendengar daripada bercakap yang dikatakan sebagai melayan orang lain yang hendak meluahkan perasaan mereka. Kemahiran melayan juga bahagian penting dalam kemahiran mendengar dengan memberikan perhatian tanpa lisan kepada individu tersebut. Teknik meminta penjelasan dapat membantu fasilitator menjelaskan sesuatu situasi yang berlaku serta membantu ahli memahami perasaan dan pengalaman sendiri. Penjelasan diperlukan apabila maklumat diberikan kurang faham oleh fasilitator. Fasilitator meminta penjelasan dengan menggunakan soalan terbuka. Teknik menghalang ganti bertujuan untuk menyelesaikan konflik yang mungkin berlaku. Ia diperlukan dalam situasi tertentu seperti ahli cepat memberi nasihat.
LOGAMALAR A/P PARASRAMAN 127613
Selain itu, kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang fasilitator ialah kemahiran refleksi yang menggambarkan perasaan fasilitator. Fasilitator harus berwaspada untuk meneka perasaan yang sedang dialaminya. Dengan ini, ia perlu membezakan kenyataan berasaskan perasaan atau pemikiran. Fasilitator perlu memahami bahasa badan ahli kelompok dan memberi respons apabila diperlukan untuk menjalankan kemahiran tersebut. Kemahiran bertanya digunakan untuk mendapatkan maklumat atau pendapat daripada ahli. Kemahiran ini mengandungi dua cara iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka. Soalan tertutup memerlukan respons yang pendek manakala soalan terbuka memerlukan penerangan lanjut.Teknik pendedahan kendiri merupakan perkongsian maklumat, perasaan dan pengalaman peribadi seseorang individu kepada individu lain yang dipercayai. Mereka boleh berkongsi maklumat diri secara terhad pada masa yang sesuai.
Fasilitator merupakan satu tugas yang mencabar dan apa yang dilakukan adalah kerja profesional. Menjadi seorang fasilitator kelompok memerlukan kemahiran berkomunikasi yang tinggi.Tambahan pula, komunikasi tersebut berlaku di antara ahli yang terdiri daripada latar belakang dan keperluan yang berbeza. Fasilitator yang cekap dapat memahami dan mengelola keadaan cemas, membantu menjayakan perubahan tingkah laku, menggilap kemahiran daya bertindak dan memperbaiki hubungan.Komunikasi yang selesa dan berkesan akan menggalakkan ahli menjelajah dan memeriksa diri dengan lebih terbuka.Namun,komunikasi yang negatif akan menjejaskan harga diri individu sehingga menimbulkan peraaaan defensi,penolakan dan kemarahan.Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang perlu diambil berat oleh fasilitator kerana impaknya sangat tinggi kepada ahli yang menghadapi tekanan hidup. Antara halanganfasilitator ialah: 1)Sikap fasilitator suka membuat penilaian dan mengkritik seseorang ahli tentang tindakan dan sikapnya. 2) Sikap suka mencari peluang untuk menyampuk apabila terdapat hujah yang lemah dari ahli lain. 3)Sikap suka mengarah dan mendesak orang lain supaya mengikut arahannya. 4)Fasilitator suka memperli dan menyindir pendapat orang lain. 5)Sikap suka berkhutbah dan menggunakan agama sebagai alat untuk memaksa ahli lain menerima pendapat dan ideanya.
Seorang fasilitator boleh menggunakan alat bantuan yang sesuai untuk mengendalikan aktiviti dalam kelompok kecil. Alat bantuan dapat membantu perjalanan aktiviti dengan lebih berkesan dan tidak membosankan dengan hanya dalam perbualan. Selain itu, teknik latihan juag boleh dilakukan seperti permainan, penyegar minda, simulasi, muzik atau laku, puzzle, gambar,ilutrasi dan kartun serta aktiviti luar. Teknik-teknik tersebut boleh dijalankan dalam sesuatu perbincangan untuk menjadikan perbincangan yang lebih mudah difahami. Di samping itu, teknik-teknik yang dijalankan boleh mengikut tahap kemampuan seseorang fasilitator dalam mengendalikan sesuatu kumpulan dan kreativiti seseorang fasilitator. Justeru, fasilitator perlu memastikan semua teknik yang digunak perlu mempunyai hubung kait dengan matlamat atau objektif perbincangan supaya maklumat disampaikan dengan tepat. JACKSON LEW 127017