Wednesday, October 20, 2010

Masalah yang biasa dihadapi oleh fasilitator semasa mengendalikan sebuah kelompok.

Masa merupakan suatu unsur yang penting dalam mengendalikan seesebuah kelompok. Keberkesanan dan kecekapan seseorang fasilitator boleh dilihat melalui perancangan masa bagi aktiviti yang dijalankan. Melalui pengalaman, fasilitator menggunakan masa yang panjang dalam permulaan. Keadaaan ini akan mempengaruhi proses kemudian iaitu penyampaian objektif atau tujuan untuk sesuatu aktiviti. Oleh yang demikian, fasilitator akan menerangkan objektif aktiviti dengan kurang jelas dan mengakibatkan ahli-ahli kelompok tidak mendapat maklumat yang sepatutnya. Dengan ini, perancangan masa perlu diambil berat semasa menjalankan aktiviti dan mengurangkan perbualan dengan ahli-ahli dengan tajuk yang tidak berkaitan untuk mengelakkan pembaziran masa.

JACKSON LEW
127017

Friday, August 27, 2010

MOTIVASI


Definasi Motivasi:
Motivasi boleh didefinisikan sebagai sejenis kuasa/tenaga yang mampu mengubah tingkah laku manusia, sejenis kuasa atau tenaga dalaman yang dapat mendorongkan individu tersebut untuk membuat/mencapai sesuatu.Motivasi lazimnya terbahagi kepada tiga aspek: arah tujuan (directionof behaviour), kekukuhan tingkah laku (persistence of behaviour) dan kesedaran tingkah laku (arousal of behaviour). Motivasi yang biasanya diaplikasi dalam bidang pendidikan adalah bertujuan untuk menbantu pelajar untuk membina keyakinan diri, cara atau petunjuk untuk menyelesaikan masalah dan menjadikan individu tersebut lebih berdaya saing.Manakala motivasi yang digunakan dalam bidang industri adalah untuk nenaikkan semangat pekerja untuk meningkatkan produktiviti dan membina hubungan yang mesra antara pihak majikan dengan para pekerja.

TELAGAVATHY A/P DAMODARAN
127601

Sunday, August 22, 2010

PENGENALAN DAN PERSEDIAAN FASILITATOR


PENGENALAN KEPADA FASILITATOR

Perkataan ' facilitate' dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan perkataan Latin yang bermaksud 'memudahkan'. Mengikut Trevor Bentley 1994 menerangkan bahawa 'memudahkan cara adalah mengenai memberi kuasa kepada individu untuk mengawal dan bertanggungjawab terhadap usaha serta pencapaian diri sendiri' .
Persediaan Fasilitator
Fasilitator perlu bersedia secara mental , berpengetahuan dan terlatih dalam mengendalikan kelompok kecil. Fasilitator bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segalanya berjalan lancer, menetapkan masa dan tempat yang sesuai untuk perbincangan. Seterusnya merancang aktiviti yang akan dijalankan dan aspek pembelajaran yang hendak disampaikan. Aktiviti yang diadakan bertujuan untuk member hiburan kepada ahli sambil menceriakan suasana agar ahli-ahli tidak berasa kekok dan berani untuk bertanya atau menjawab soalan.

YEONG YOKE KUAN
204981

PERANAN FASILITATOR



Peranan fasilitator dalam menjalankan sesuatu aktiviti sangat penting kerana fasilitator adalah orang yang memberikan bantuan dalam menjalankan proses komunikasi sekelompok sehingga mereka dapat memahami atau menyelesaikan masalah bersama-sama. Fasilitator juga harus menjadi sumber yang baik untuk berbagai permasalahan kelompok.Kelompok merupakan satu ruang atau tempat kepada para ahli untuk meluahkan apa yang terpendam di hati dengan berasa yakin bahawa ahli kelompok lain memahami dan berkongsi pengalaman yang sama. Antara peranan fasilitator ialah:
1. Menggerak dan membimbing proses kelompok.
2. Tidak berperanan sebagai pakar.
3. Menggalakkan perbincangan dan menentukan perbincangan berjalan lancar.
4. Menyediakan maklumat lengkap, jika diperlukan.
5. Tidak mengajar atau memberi jawapan kepada persoalan perbincangan kelompok.

DHIRAR BIN MOHD SALLEH
207289

CIRI-CIRI FASILITATOR

Fasilitator yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Bersikap positif
• Fasilitator yang baik mempunyai matlamat hidup yang jelas bagi memastikan hala tuju dalam kehidupan. Fasilitator perlu proaktif iaitu mampu berkomunikasi secara berkesan, mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, bersikap optimis, berfikiran terbuka dan dapat peribadi dengan berkesan dan tersusun.
Kebolehan berhumor
• Humor berjalan dengan penuh kesedaran serta dilakukan bersesuaian dengan tujuan pelaksanaan. Ketawa adalah pelarian kesulitan dan sebagai persiapan bagi menerobos pusat kekuatan jiwa yang baru. Individu yang riang gembira mempunyai kemampuan berfikir lebih tinggi dan dapat mengambil keputusan dengan tepat dan bijak.
Bertanggungjawab
• Fasilitator perlu bertanggungjawab dengan rencana yang dibuat dan bagaimana pengaruhnya kepada isi, peserta dan proses itu. Ia juga perlu bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan sensitif terhadap kesediaan dan kemampuan peserta memikul tanggungjawab bagi setiap pertemuan ataupun latihan.

MOHD AZWAN HANIFF BIN MEZAINI
207277

PERBEZAAN ANTARA MEMUDAHCARA KAUNSELING KELOMPOK DAN LATIHAN DALAM KELOMPOK (LDK)

Bagi kaunseling kelompok, seseorang ketua yang terlatih dalam bidang kaunseling adalah diperlukan untuk memberi bantuan kepada ahli-ahli yang sedang menghadapi masalah seharian. Selain itu, kaunselor akan menggalakkan pemahaman diri ahli melalui perkongsian perasaan dan belajar dari pengalaman ahli lain.

Bagi latihan dalam kelompok pula, seseorang fasilitator diperlukan di mana dia mesti mendapat latihan pendek dalam kemahiran mengendali kelompok kecil. Selain itu, fasilitator tidak semestinya seorang kaunselor tetapi ia merupakan penggerak perbincangan ke arah mancapai sesuatu matlamat.

NG POH GAIK
127221

PROSES PEMUDAHCARAAN KELOMPOK

Cara pemudahcaraan kelompok terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian pembukaan, perkembangan dan penutup.
Pembukaan
Fasilitator perlu mengelak daripada menstruktur dengan panjang lebar tetapi menerangkan tujuan kelompok, peraturan dengan ringkas. Hal ini dapat mengelakkan ahli-ahli kelompok berasa bosan.
Perkembangan
Peranan fasilitator dalam bahagian ini menjadi pasif kerana mereka banyak mendengar, menggalak, menjelas, bertanya dan menggunakan kemahiran lain penjelasan.
Penutup
Fasilitator perlu merumuskan perbincangan sesi ini di kalangan ahli sambil mengaitkannya dengan objektif atau matlamat yang hendak dicapai .

NG JIN HOOI
128000

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN FASILITATOR


Kemahiran mendengar merupakan salah satu kemahiran fasilitator. Mendengar dengan aktif memerlukan fasilitator menggunakan kemahiran melayan secara fizikal dan mental. Biasanya, fasilitator lebih banyak mendengar daripada bercakap yang dikatakan sebagai melayan orang lain yang hendak meluahkan perasaan mereka. Kemahiran melayan juga bahagian penting dalam kemahiran mendengar dengan memberikan perhatian tanpa lisan kepada individu tersebut. Teknik meminta penjelasan dapat membantu fasilitator menjelaskan sesuatu situasi yang berlaku serta membantu ahli memahami perasaan dan pengalaman sendiri. Penjelasan diperlukan apabila maklumat diberikan kurang faham oleh fasilitator. Fasilitator meminta penjelasan dengan menggunakan soalan terbuka. Teknik menghalang ganti bertujuan untuk menyelesaikan konflik yang mungkin berlaku. Ia diperlukan dalam situasi tertentu seperti ahli cepat memberi nasihat.

LOGAMALAR A/P PARASRAMAN
127613

Selain itu, kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang fasilitator ialah kemahiran refleksi yang menggambarkan perasaan fasilitator. Fasilitator harus berwaspada untuk meneka perasaan yang sedang dialaminya. Dengan ini, ia perlu membezakan kenyataan berasaskan perasaan atau pemikiran. Fasilitator perlu memahami bahasa badan ahli kelompok dan memberi respons apabila diperlukan untuk menjalankan kemahiran tersebut. Kemahiran bertanya digunakan untuk mendapatkan maklumat atau pendapat daripada ahli. Kemahiran ini mengandungi dua cara iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka. Soalan tertutup memerlukan respons yang pendek manakala soalan terbuka memerlukan penerangan lanjut.Teknik pendedahan kendiri merupakan perkongsian maklumat, perasaan dan pengalaman peribadi seseorang individu kepada individu lain yang dipercayai. Mereka boleh berkongsi maklumat diri secara terhad pada masa yang sesuai.

ANBU SELVI A/P ANBUTCHALBAN
127575

KEKANGAN FASILITATOR

Fasilitator merupakan satu tugas yang mencabar dan apa yang dilakukan adalah kerja profesional. Menjadi seorang fasilitator kelompok memerlukan kemahiran berkomunikasi yang tinggi.Tambahan pula, komunikasi tersebut berlaku di antara ahli yang terdiri daripada latar belakang dan keperluan yang berbeza. Fasilitator yang cekap dapat memahami dan mengelola keadaan cemas, membantu menjayakan perubahan tingkah laku, menggilap kemahiran daya bertindak dan memperbaiki hubungan.Komunikasi yang selesa dan berkesan akan menggalakkan ahli menjelajah dan memeriksa diri dengan lebih terbuka.Namun,komunikasi yang negatif akan menjejaskan harga diri individu sehingga menimbulkan peraaaan defensi,penolakan dan kemarahan.Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang perlu diambil berat oleh fasilitator kerana impaknya sangat tinggi kepada ahli yang menghadapi tekanan hidup. Antara halangan fasilitator ialah:
1)Sikap fasilitator suka membuat penilaian dan mengkritik seseorang ahli tentang tindakan dan sikapnya.
2) Sikap suka mencari peluang untuk menyampuk apabila terdapat hujah yang lemah dari ahli lain.
3)Sikap suka mengarah dan mendesak orang lain supaya mengikut arahannya.
4)Fasilitator suka memperli dan menyindir pendapat orang lain.
5)Sikap suka berkhutbah dan menggunakan agama sebagai alat untuk memaksa ahli lain menerima pendapat dan ideanya.

SITI SALEHAH BT. CHE KHOLIM
207074

MENGENDALIKAN KELOMPOK DENGAN ALAT BANTUAN


Seorang fasilitator boleh menggunakan alat bantuan yang sesuai untuk mengendalikan aktiviti dalam kelompok kecil. Alat bantuan dapat membantu perjalanan aktiviti dengan lebih berkesan dan tidak membosankan dengan hanya dalam perbualan. Selain itu, teknik latihan juag boleh dilakukan seperti permainan, penyegar minda, simulasi, muzik atau laku, puzzle, gambar,ilutrasi dan kartun serta aktiviti luar. Teknik-teknik tersebut boleh dijalankan dalam sesuatu perbincangan untuk menjadikan perbincangan yang lebih mudah difahami. Di samping itu, teknik-teknik yang dijalankan boleh mengikut tahap kemampuan seseorang fasilitator dalam mengendalikan sesuatu kumpulan dan kreativiti seseorang fasilitator. Justeru, fasilitator perlu memastikan semua teknik yang digunak perlu mempunyai hubung kait dengan matlamat atau objektif perbincangan supaya maklumat disampaikan dengan tepat.

JACKSON LEW

127017

Fasilitator MPPB KMJ 2008/2009 - Aja-aja Fighting

Fasilitator MPPB KMJ 2008/2009 - Aja-aja Fighting 2

Fasilitator MPPB KMJ 2008/2009 - I Love U

Fasilitator MPPB KMJ 2008/2009 - Training Lagu Wajah Rahsia Hati

Fasilitator MPPB KMJ 2009/2010 - Gemuruh