Sunday, August 22, 2010

KEKANGAN FASILITATOR

Fasilitator merupakan satu tugas yang mencabar dan apa yang dilakukan adalah kerja profesional. Menjadi seorang fasilitator kelompok memerlukan kemahiran berkomunikasi yang tinggi.Tambahan pula, komunikasi tersebut berlaku di antara ahli yang terdiri daripada latar belakang dan keperluan yang berbeza. Fasilitator yang cekap dapat memahami dan mengelola keadaan cemas, membantu menjayakan perubahan tingkah laku, menggilap kemahiran daya bertindak dan memperbaiki hubungan.Komunikasi yang selesa dan berkesan akan menggalakkan ahli menjelajah dan memeriksa diri dengan lebih terbuka.Namun,komunikasi yang negatif akan menjejaskan harga diri individu sehingga menimbulkan peraaaan defensi,penolakan dan kemarahan.Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang perlu diambil berat oleh fasilitator kerana impaknya sangat tinggi kepada ahli yang menghadapi tekanan hidup. Antara halangan fasilitator ialah:
1)Sikap fasilitator suka membuat penilaian dan mengkritik seseorang ahli tentang tindakan dan sikapnya.
2) Sikap suka mencari peluang untuk menyampuk apabila terdapat hujah yang lemah dari ahli lain.
3)Sikap suka mengarah dan mendesak orang lain supaya mengikut arahannya.
4)Fasilitator suka memperli dan menyindir pendapat orang lain.
5)Sikap suka berkhutbah dan menggunakan agama sebagai alat untuk memaksa ahli lain menerima pendapat dan ideanya.

SITI SALEHAH BT. CHE KHOLIM
207074

2 comments:

  1. semua perkara yang kita lakukan akan menghadapi kekangan. fasilitator sebagai pembimbing yang berkebolehan harus berusaha mengatasi kekangan ini supaya tugas dapat dilaksanakan dengan baik

    ReplyDelete
  2. Semua perkara ini harus dielak supaya perasaan tidak puas hati dalam kumpulan dapat dielak.

    ReplyDelete