Sunday, August 22, 2010

CIRI-CIRI FASILITATOR

Fasilitator yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Bersikap positif
• Fasilitator yang baik mempunyai matlamat hidup yang jelas bagi memastikan hala tuju dalam kehidupan. Fasilitator perlu proaktif iaitu mampu berkomunikasi secara berkesan, mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, bersikap optimis, berfikiran terbuka dan dapat peribadi dengan berkesan dan tersusun.
Kebolehan berhumor
• Humor berjalan dengan penuh kesedaran serta dilakukan bersesuaian dengan tujuan pelaksanaan. Ketawa adalah pelarian kesulitan dan sebagai persiapan bagi menerobos pusat kekuatan jiwa yang baru. Individu yang riang gembira mempunyai kemampuan berfikir lebih tinggi dan dapat mengambil keputusan dengan tepat dan bijak.
Bertanggungjawab
• Fasilitator perlu bertanggungjawab dengan rencana yang dibuat dan bagaimana pengaruhnya kepada isi, peserta dan proses itu. Ia juga perlu bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan sensitif terhadap kesediaan dan kemampuan peserta memikul tanggungjawab bagi setiap pertemuan ataupun latihan.

MOHD AZWAN HANIFF BIN MEZAINI
207277

4 comments:

  1. Entri ini amat baik! Fasilitator perlu bersedia secara mental, berpengetahuan dan terlatih dalam mengendalikan kelompok kecil dan memastikan bahawa segala aktiviti berjalan dengan lancer. Entri ini memudahkan kita memahami bahawa ciri-ciri, sikap dan keterampilan peribadi fasilitator yang berkesan!

    ReplyDelete
  2. ciri-ciri yang dinyatakan di atas amtlah penting supaya fasilitator sendiri tidak berasa cemas dan gemuruh serta melakukan kesilapan semasa membimbing individu

    ReplyDelete
  3. Saya pernah menjadi fasilitator dan ciri-ciri ini sangat penting supaya ahli kumpulan tidak berasa terasing.

    ReplyDelete
  4. X dinafikan ciri2 tersebut betul
    Ciri2 tu x semua slot sesuai pakai. Kita kena amik kira objektif dan matlamat prog.Kalau slot tu tuk membentuk displin peserta x kan kita berlawak2 duk main2 masa handle peserta pulak, so xde lah peserta dpt isi nya at the end prog xde pape value.


    Sekadar pandangan....😉😉😉

    ReplyDelete