Sunday, August 22, 2010

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN FASILITATOR


Kemahiran mendengar merupakan salah satu kemahiran fasilitator. Mendengar dengan aktif memerlukan fasilitator menggunakan kemahiran melayan secara fizikal dan mental. Biasanya, fasilitator lebih banyak mendengar daripada bercakap yang dikatakan sebagai melayan orang lain yang hendak meluahkan perasaan mereka. Kemahiran melayan juga bahagian penting dalam kemahiran mendengar dengan memberikan perhatian tanpa lisan kepada individu tersebut. Teknik meminta penjelasan dapat membantu fasilitator menjelaskan sesuatu situasi yang berlaku serta membantu ahli memahami perasaan dan pengalaman sendiri. Penjelasan diperlukan apabila maklumat diberikan kurang faham oleh fasilitator. Fasilitator meminta penjelasan dengan menggunakan soalan terbuka. Teknik menghalang ganti bertujuan untuk menyelesaikan konflik yang mungkin berlaku. Ia diperlukan dalam situasi tertentu seperti ahli cepat memberi nasihat.

LOGAMALAR A/P PARASRAMAN
127613

4 comments:

  1. kemahiran mendengar + merumus + boleh mempengaruhi orang lain = fasilitator

    ReplyDelete
  2. kemahiran yang dinyatakan di atas amat penting untuk fasilitator kerana tanpa kemahira=kemahiran ini,fasilitator sukar melakukan tugasnya

    ReplyDelete
  3. Kemahiran mendengar sangat penting. Ini supaya ahli kumpulan tidak akan rasa tersisih.

    ReplyDelete
  4. Best Bitcoin slots for fun & games - Jtmhub
    The 양주 출장샵 best 정읍 출장샵 casino slot games in Australia for fun online slots games are 동두천 출장마사지 The 영주 출장샵 Rundown, Blueprint Gaming, and Golden Monkey. 제주 출장샵 With their excellent slots,

    ReplyDelete