Sunday, August 22, 2010


Selain itu, kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang fasilitator ialah kemahiran refleksi yang menggambarkan perasaan fasilitator. Fasilitator harus berwaspada untuk meneka perasaan yang sedang dialaminya. Dengan ini, ia perlu membezakan kenyataan berasaskan perasaan atau pemikiran. Fasilitator perlu memahami bahasa badan ahli kelompok dan memberi respons apabila diperlukan untuk menjalankan kemahiran tersebut. Kemahiran bertanya digunakan untuk mendapatkan maklumat atau pendapat daripada ahli. Kemahiran ini mengandungi dua cara iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka. Soalan tertutup memerlukan respons yang pendek manakala soalan terbuka memerlukan penerangan lanjut.Teknik pendedahan kendiri merupakan perkongsian maklumat, perasaan dan pengalaman peribadi seseorang individu kepada individu lain yang dipercayai. Mereka boleh berkongsi maklumat diri secara terhad pada masa yang sesuai.

ANBU SELVI A/P ANBUTCHALBAN
127575

1 comment:

  1. Kemahiran ini sangat penting. Ahli kumpulan dapat mengetahui bahawa fasilitator memberi tumpuan kepada mereka.

    ReplyDelete